Wednesday, 4 April 2018







Bismillahirrahmanirrahim.

Never say this ; AKU GIVE UP!

Ingat lagi ketika mula-mula melangkah untuk capai impian dan cita-cita kita? Kerana terlalu banyak halangan ditempuh akhirnya kita putus asa.

"Arghh!! Aku give up!" 😔

''Aku tak yakin aku mampu"😞

"Aku rasa ini bukan yang terbaik"😪

Kata-kata ini yang menjadi penghalang untuk kita capai apa yang kita nak. Tapi sampai bila kita nak berada di takuk lama? Sampai kita hanya mampu melihat mereka berjaya tanpa kita buat apa-apa?

Ambil plastik sampah letak fikiran-fikiran negatif ini dan buang jauh-jauh. 🚮

Jom renungkan firman Allah di bawah 👇

{ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ } [يوسف: 87]

Artinya: “dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". QS. Yusuf: 87.

Jangan putus asa. Niat kerana Allah. Tanamkan dan pasakkan dalam hati perkara-perkara positif lantas menjadi motivasi untuk diri.

"Aku nak berjaya kerana Allah"🙆

"Aku ada Allah di kala aku senang dan susah"😎

Cahaya kejayaan takkan datang sendiri melainkan kita yang mencari. Jangan tunggu untuk berjaya tetapi buktikan pada diri kejayaan itu untuk kita.

Jangan give up untuk berdoa padaNya. Usaha dan usaha. Akhir sekali serahkan pada Allah.

TAQARRUB ILA RABBI selalu moga diberi kejayaan yang utama,iaitu MARDHATILLAH.

Ingat! Jangan give up sebelum melangkah. Positifkan setiap perjalanan walaupun banyak halangan.
Allah itu selalu ada untuk kau.

little HuffaZ
Mac 28, 2018 | 3:00 p.m